Saturday, October 11, 2008

Hikmah keputusan pilihanraya umum ke-12 (PRU12)


Keputusan pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini adalah di luar dugaan dan amat memeranjatkan bagi kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan pembangkang.

Bagi penyokong pembangkang, walaupun memeranjatkan, ia adalah sesuatu yang amat mereka sukai dan nanti-nantikan dan akan terus menggenggam kejayaan luar biasa ini walaupun terpaksa memerintah beberapa buah kerajaan negeri dalam keadaan tanpa persediaan.

Bagi penyokong BN, ini adalah pengalaman pahit yang membawa banyak penyesalan kerana perbuatan sendiri.

Suka atau duka, Allah swt mentakdirkan setiap sesuatu itu dengan pelbagai hikmah. Bagi kes pilihanraya umum ke-12 yang lalu, berikut adalah beberapa hikmah yang penulis dapat senaraikan.

Hikmah 1: Datangnya bukti nyata tentang kerdilnya PAS dalam arena politik Malaysia (ahli politik Mat Jenin)

PAS mendabik dada ingin memerintah Malaysia dan menegakkan negara Islam mengikut takrifan mereka. Apa yang telah terbukti daripada PRU12 yang lalu? Yang terbukti adalah, PAS adalah parti yang paling kerdil dalam pakatan pembangkang. Mengikut istilah orang Kelantan, paling beleh (bilis). So much for the dream!

Bagi orang-orang PAS sekarang, tak perlulah didengari lagi akan janji-janji yang tak mungkin tertunai ini: Negara Islam. PAS tak mungkin akan boleh memerintah negara ini mengikut acuan yang mereka mahu tanpa berpakat (berkonspirasi) dengan sesiapa. Dan kalau ia berpakat, ia akan menjadi ahli paling kerdil dalam pakatan itu.

Apakah lagi yang ingin dibohongi oleh PAS kepada rakyat Malaysia? Al-hamdulillah. Jika tidak dia yang takdirkan keputusan luar dugaan tersebut, kita tidak akan boleh melihat dengan bukti alam nyata tentang kedudukan sebenar angan-angan PAS ini.

Hikmah 2: Alternatif kepada UMNO bukanlah parti Melayu atau parti Islam yang lain, tetapi parti-parti kafir harbi

Daripada keputusan PRU12 yang lalu kita dapat lihat bahawa, di saat PAS menjadi paling kerdil, DAP, yang berideologi kontra kepada PAS, akan mendapat kira-kira ⅓ daripada kuasa pemerintahan pembangkang.

Ini memberikan satu lagi hikmah pengajaran kepada sesiapa yang dahulu mengundi pembangkang: Kalau anda memberikan undi kepada pembangkang dengan harapan akan membolehkan PAS berkuasa dan menjadi pengganti UMNO dan menyemarakkan Islam (kononnya), maka anda salah besar! Dengan cara memberikan undi kepada PAS atas harapan yang ia akan berkuasa, anda sebenarnya telah memberikan kuasa kepada kafir harbi DAP. Hasil yang anda perolehi adalah terbalik 180° daripada yang diharapkan. Dan jangan kita lupa tentang kuasa kafir harbi kedua yang lebih agresif dan ganas, yang timbul dan menyelinap dari parti Penternak Khinzir Raksasa (PKR) - Hindraf. Semua ini tertegak dek kerana kita ingin menunjukkan ketidaksetujuan kita kepada pemimpin kita.

Oleh itu, untuk pilihanraya akan datang, janganlah kita membuat andaian sebegini dan mengambil risiko atas survival politik umat Islam di negara kita ini. Jangan dipertaruhkan kuasa UMNO untuk diberikan kepada PAS, kerana jika itu yang anda perjudikan, anda sebenarnya memberikan kuasa kepada bukan Islam. Sedarlah!

Hikmah 3: Terdedahnya sikap gila kuasa PAS dan DAP

Di Perak ternampak jelas betapa kerdilnya PAS. Dalam pada kerdilnya ia, ia tetap mendapat jawatan Menteri Besar. Bagi PAS, jawatan MB (Menteri Boneka) di Perak lebih utama daripada mempertahankan konsep yang selama ini diperjuangkan - jawatan dahulu, kemudian prinsip - walaupun jawatan itu mengorbankan prinsip.

Kalau PAS gila kuasa atas kertas, DAP gila kuasa bawah kertas. Mereka tidak kesah siapa di atas sana asalkan segala kehendak mereka tercapai. MB mereka sudah bertindak proaktif mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, tetapi cuma menggula-gulakan sahaja sekolah-sekolah pondok dan sekolah agama rakyat setelah didesak.

Kalau sekarang, ketika PAS memerintah Perak, mereka adalah boneka gerakan Democratic Action Party, kalau nanti mereka memerintah Malaysia, mungkinkah mereka menjadi boneka gerakan Demolition Across Palestine? Penganut agama Ikhwanul Muslimin, dari Hasan Al-Banna ke Osama bin Laden, semuanya sama sahaja. Mereka semua adalah agen Yahudi. Dalam masa beberapa bulan saya berada di Iowa, saya sering terdengar pelajar-pelajar Arab dan Afghan di sini bercakap tentang Osama bin Laden sebenarnya agen CIA (macam biasa kita dengar). Seorang Afghan di sini menceritakan bahawa Osama sudahpun ditangkap setelah beberapa minggu sahaja tentera Amerika menakluk Afghanistan. Tetapi kemudiannya, mengikut cerita beliau, dilepaskan atas arahan CIA dan tidak dibenarkan ditangkap semula. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini, tetapi adalah masuk akal kalau Osama bin Laden berjaya ditangkap setelah beberapa minggu sahaja kemasukan tentera Amerika. Kalau Saddam Hussein berjaya ditangkap setelah sekian lama tentera Amerika berada di Iraq, tempoh yang lebih singkap sepatutnya diperlukan untuk menangkap Osama. Di Afghanistan sekarang tiada tempat persembunyian untuk Osama bin Laden; Afghanistan adalah padang jarak padang tekukur. Kalau Amerika berjaya menangkap Saddam dalam keadaan Iraq sebuah negara berpemerintahan, kenapa dalam sebuah negara anarki seperti Afghanistan mereka masih belum berjaya?

Hikmah 4: Tidak berbaloi menunjukkan kemarahan kita kepada pemerintah dengan cara melemahkannya

Semua maklum bahawa keputusan PRU12 adalah akibat kemarahan sebahagian orang Melayu dan umat Islam di negara ini terhadap sebahagian pemimpin di peringkat tertinggi. Perasaan diluahkan ke dalam peti undi dengan harapan dapat memberikan isyarat kepada pemerintah.

Kita perlu ingat UMNO tidak memerintah negara ini bersendirian. UMNO juga perlukan sokongan dari parti-parti bukan Melayu dalam BN. Kalau kita menunjuk perasaan dengan cara melemahkan pemimpin kita, dan kemudian berjanji akan memberi sokongan penuh kepada pimpinan baru, adakah parti-parti bukan Melayu dan bukan Islam di dalam BN memberikan janji yang sama.

Setelah nanti kita berjaya menukar pemimpin dan mengotakan janji kita untuk menyokongnya, adakah sokongan serupa akan pulih di kalangan orang bukan Islam dan parti-parti lain dalam BN? Sekarang orang-orang bukan Islam sedang menikmati banyak kelebihan hasil daripada pemerintahan DAP, sama ada secara langsung atau secara boneka, rasanya adakah mereka akan mengenepikan nikmat ini untuk memberikan kuasa semula kepada UMNO dan BN? Andainya sekarang kita diperintah oleh pemerintah yang banyak memberikan kelebihan kepada kita, adakah kita, sebagai orang Islam, akan menukar pemerintah tersebut? Adakah orang bukan Islam akan bertindak serupa dengan kita atau sebaliknya?

Bijakkah kita tatkala kita melemahkan pemimpin kita? Tidak cukupkah keputusan PRU12 dahulu memberikan hikmah sempadan dan tauladan kepada kita?



-::{{## WAHAI MANUSIA ##}}::-
-::{{## TAKUTLAH KAMU KEPADA BAYAN ALLAH ##}}::-