Monday, March 24, 2014

Dari Minda Pembangkang: Perkara Kecil diperbesar-besarkan; Perkara Besar diperkecil-kecilkan


PERKARA BESAR: Pencerobohan Lahad Datu - semuanya adalah lakonan drama arahan UMNO/BN semata-mata. Yang mati itu semuanya stuntman.

PERKARA BESAR: Kehilangan MH370 - satu lagi lakonan drama arahan UMNO/BN semata-mata supaya rakyat tidak lagi memfokus kepada kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar selepas dia didapati bersalah dalam Kes Liwat II.

PERKARA KECIL: Datuk Seri Najib menggunakan 'kangkung' sebagai contoh barangan murah. Contoh yang simple ini telah di-viral-kan seolah-olah Datuk Seri Najib sudah makan babi atau makan rasuah kangkung sehingga kita hilang sebab untuk memahami kenapa contoh 'kangkung' ini begitu diperlekeh-lekehkan.

PERKARA KECIL: Datuk Seri Anwar, yang diminta oleh imigresyen Jepun supaya mengisi satu borang pelepasan supaya dia boleh memasuki Jepun kerana dia pernah disabitkan dengan kesalahan di mahkamah, telah enggan melakukannya. Bukan sahaja menyalahkan kerajaan Malaysia, malah penyokongnya telah membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun. Susah sangatkah mengisi borang yang sebelum ini dia pernah isi?


-::{{## MAHUKAH ANDA ##}}::-
-::{{## MENJADIKAN KAUM BODOH INI PEMIMPIN? ##}}::-