Monday, March 3, 2014

Dr. MAZA Isytihar Dia BUKAN Orang Kita


Ada sahabat menghantar snapshot Twitter komen Dr. MAZA tentang ulama muda UMNO. Dr. MAZA merujuk kepada laman web Abu Aqif Studio, yakni bukan mana-mana laman web rasmi UMNO. Walaupun begitu, Dr. MAZA tidak tersasar jauh kerana laman tersebut memang dimiliki oleh Dr. Fathul Bari, iaitu salah seorang ulama muda UMNO.


Kalau ditanya kepada saya tentang laman tersebut, saya akan katakan saya hampir 100% bersetuju dengan kandungannya. Amat sedikit yang saya mungkin bercanggah dengan laman tersebut.

Namun dari komen pendek Dr. MAZA tentang laman tersebut, pembaca umum tetap akan dapat membaca bahawa terdapat ketidakpuasan hati Dr. MAZA walaupun tidak dinyatakan secara harfiyyah.

Komen saya tentang ketidakpuasan hati ini adalah seperti berikut:
  1. Pertama, Dr. MAZA tidak seharusnya menjadikan laman milik peribadi tersebut sebagai suara rasmi UMNO.
  2. Kedua, dengan memberikan komen yang berpersepsi negatif, Dr. MAZA telah memberikan isyarat bahawa beliau bukan dalam kelompok yang sama dengan para ulama muda UMNO ini. Disebabkan Dr. MAZA adalah ulama yang sudah terpalit dengan label 'wahabi', maka tidaklah seharusnya para ulama muda UMNO dilabelkan dengan label yang sama dengan label Dr. MAZA ini.
  3. Ketiga, Dr. MAZA mungkin sudah dapat mencium bau bahawa para ulama muda ini akan menggunakan sekian banyak hadis-hadis sahih yang sangat ditakuti oleh PAS untuk menegakkan hujah bahawa perjuangan UMNO-lah yang benar. Dr. MAZA pernah pun membuat penolakan akal-akalan terhadap hadis sahih berkenaan. Sila tonton YouTube di bawah. Komen-komen pembaca untuk YouTube itu sendiri telah dapat menjelaskan bahawa terdapat percanggahan idea dalam ucapan Dr. MAZA sendiri.


-::{{## WAHAI JEMAAHKU ##}}::-
-::{{## BERIKAN AL-SUNNAH SATU PELUANG ##}}::-